SINGKAWANG FISHING CLUB

Ikan Mainan

Posted on: June 20, 2009

Kilatan
Penampilan yang berkilat atau berkilauan membantu peniruan mangsa dengan lebih realistik. Kekilatan boleh dilihat dari jarak lebih jauh berbanding gewang itu semata-mata, dan memberi penampilan menarik seakan-akan ikan yang diancam.
Apabila gewang melenggang, permukaan bulatnya akan sentiasa memantulkan kilauan bergaris nipis, sementara permukaan yang bersegi-segi akan memantulkan siri kekilatan dari pelbagai sudut. Permukaan rata yang luas hanya akan memantul apabila sudutnya bertepatan dengan matahari, tetapi apabila ia berlaku, ia akan memantulkan cahaya yang lebih terang dan kuat.

Gilapan ‘krom’ metalik yang sangat memantul juga terdapat pada gewang kayu dan juga plastik.
Panel berkilat telah lama disematkan ke dalam sesetengah gewang plastik. Bagai¬manapun daya kekilatannya terhad oleh bahan kandungan pemantul yang digunakan, pewar¬naan dan kejernihan plastik yang menye¬laputinya.
Seringkali dikatakan bahawa kilatan emas adalah yang paling sukses jika air keruh, manakala kekilatan berasaskan perak lebih sukses dalam air yang jernih.
Gewang berkilauan sebenarnya akan menjadi satu bentuk penyamaran, kecuali jika terdapat cahaya mencukupi yang memancar kepadanya.
Badan Bersambungan
Badan gewang yang bersegmen atau bersambungan melalui gelung-gelung sam¬bungan memiliki sifat aksi yang berbeza de¬ngan gewang sebentuk yang serupa. Apabila seksyen depan bergoyang semasa aksi re¬nangannya, di samping ekornya menendang ke kiri dan kanan, ia juga hampir berpaksi pada titik sambungan dan ditunda dalam lengku¬ngan aliran perlahan di belakang kepala.
Seksyen kepala lebih bebas, menye¬babkan aksi yang lebih lebar.
Pada keseluruhannya, pergerakan ge¬wang lebih berbelit seperti ular dan menjana getaran berbeza berbanding gewang seben¬tuk.
Pemberat Keseimbangan
Ini merupakan penambahan dalaman (semasa pengilangan) untuk membantu kese-imbangan, sudut junaman dan berat lontaran. la kadangkala menghasilkan bunyi gemerincingan.
Sesetengah gewang mempunyai pemberat kecil yang diletakkan pada lidah plastiknya. Ini membuatkan kepala gewang terapung bersudut ke bawah apabila berkeadaan diam, yang mendorong sudut junaman yang lebih curam sebaik sahaja karauan dimulakan. Pemberat yang dipasang di kepala gewang boleh menukar sudut semasa ia berenang di dalam air. memposisikan semula aliran air pada lidah dan membenarkan gewang menyelam lebih dalam berbanding saiz lidah yang mencerminkan keupayaannya. Lidah logam adalah berat yang signifikan di hadapan gewang.
Susunan bar dalaman atau rangka dawai dalaman gewang juga pemberat yang signifikan. Jika ia dipasang di atas garis pusat gewang, ia akan mempengaruhi keseimbangannya.
Memusatkan sebarang pemberat tambahan di sekeliling paksi pergerakan gewang mampu menambahkan aksinya.

Mata

Di samping memiliki daya penyamaran yang menakjubkan, ikan masih mempunyai kesukaran yang tinggi untuk menya¬markan matanya. Akibatnya, pemangsa menjadi sensitif teru¬tama pada bentuk yang membulat dan berbintik di tengah mata. Dalam banyak kes, inilah benda pertama yang pemangsa dapat bezakan.
Kebanyakan ikan mangsaan yang berkumpulan mempunyai mata yang agak besar. Mata yang jelas ketara, kontras dengan
sekelilingnya dan bersaiz sesuai memberikan kredibiliti terhadap ge¬wang dan menarik perhatian pemangsa.
Sifat
Sudut renangan gewang sama ada mendatar atau kepala menun¬duk ke bawah akan mempengaruhi keterampilan dan kerintangannya terhadap risiko sangkut serta ke¬rosakan mata kail.
Gewang yang berenang secara kepala ke bawah lantaran Hdah menjulur ke depan selalunya me¬langgar reba dengan lidahnya da¬hulu. Mata kail terampai ke atas sedikit atau dilindungi oleh badan gewang di depannya. Bergantung kepada titik tundaan dan bentuk lidahnya, sesetengah gewang akan berputar dan ‘terjentik’ melepasi halangan tanpa me¬nyangkut.
Gewang yang berenang menungging (ekor ke atas) ber¬guna untuk meniru sifat ikan dasar yang sedang mencari ma¬kanan. Ini kerana apabila ia berenang di sepanjang dasar, lidahnya menyodok dasar sambil mata kail terangkat bebas dari dirosakkan dan diposisikan dengan baik bagi pemangsa mudah menelan ekor dan mata kailnya.
Jika keapungan dipusatkan di kepala, gewang lebih cen¬derung berenang secara mendatar, yang mana lebih realistik untuk persembahan mirip ikan mangsaan di permukaan / per¬tengahan air.
Daya Lontaran
Gewang berlidah biasanya agak besar dan berintangan udaranya, berbanding beratnya. Ini membuatkan ia sukar dilontar jauh dan mudah diperlahankan atau tersasar ditiup angin. Reka bentuk yang tunggang-langgang atau berkibaran semasa lontaran akan lebih memendekkan jarak lontaran dengan drastik.
Sesetengah gewang plastik berongga mencirikan ruang berongga udara atau berpemberat bebola gemerincing. Semasa lontaran, pemberat ini bergolek ke ekor gewang dan momen¬tumnya mengekalkan luncuran ekor gewang dahulu dengan rintangan yang kurang menerusi udara. Apabila gewang jatuh ke air, bebola itu akan bergolek semula ke depan dan berada di atas rabung kecil yang me¬merangkapnya pada posisi keseimbangan yang betul bagi gewang itu berenang.
Lidah besar boleh memampan udara seperti sayap. Di samping daya seretan yang merosotkan jarak lontaran, ia boleh melencongkan lontaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

June 2009
M T W T F S S
« May   Jul »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 7,954 hits

Flickr Photos

Station..

Kingfisher (Alcedo atthis)

Supermoon setting

More Photos
%d bloggers like this: