SINGKAWANG FISHING CLUB

SHIMANO STELLA SW 2008

Posted on: May 19, 2009

Shimano Stella SW terbaru akhirnya di pasaran dengan bentuk dan penampilan yang lebih anggun dan kalis air masin. la bercirikan bibir gelendong ARC serta bersistem Aerowrap untuk lontaran amat jauh, manakala lengan pengarau MW krom sebatang lebih melancarkan karauan tali ke dalam gelendong serta mengelakkan tali terbelit. Roda pemandu tali yang lampau besar memberi ruang kepada perambut kasar dan mampu menanggung tekanan yang kuat. Ini antara kelebihannya berbanding generasi sebelum ini dan merupakan satu berita baik buat kaki popping.
Model 10000 terbaru sama saiznya dengan model 8000 yang lama. Dalam siri baru ini, saiz 18000 turut diperkenalkan yang mana 20 gram lebih ringan berbanding saiz 20000. Dari segi sistem tegangan, ia telah dikurangkan sebanyak 5 kg, berbanding.siri lama iaitu 30 kg. Jika siri lama ada HG dan PG, kini diperkenalkan XG yang memiliki gear lebih laju.
Misalnya Stella SW 5000 terbaru terdiri daripada tiga pilihan kelajuan gear iaitu 4.6 : 1 (PG), 5.7 : 1 (HG) dan 6.2 : 1 (XG). Yang terbaiknya, Stella SW baru kini lebih ringan daripada abangnya, dan membolehkan anda memancing lebih lama dengan kelenguhan yang minimum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

May 2009
M T W T F S S
« Jan   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 7,954 hits

Flickr Photos

Station..

Kingfisher (Alcedo atthis)

Supermoon setting

More Photos
%d bloggers like this: