SINGKAWANG FISHING CLUB

SHIMANO OCEA BLUE ROSE 2008

Posted on: May 19, 2009

Sejak Ocea Blue Rose berada di pasaran 5 tahun lalu, ia menjadi joran jigging high class dalam keluarga Shimano dan berjaya memukau ramai jigger. Memandangkan teknik jigging begitu dinamik dan sentiasa ditambah-baik, Shimano perlu mengikuti peredaran gaya sukan memancing moden ini bagi memenuhi kehendak para jigger yang berhati waja. Justeru muncullah Blue Rose generasi kedua.

Material binaan Blue Rose menggunakan komposit grafit X yang berketegaran tambahan. Mehlui teknik pembinaan yang unik, terhasillah sebatang joran yang kuat, responsif, ringan dan berdiameter kecil. Dengan aturan cincin, alas kekili dan aksesori berjenama, menjadikan ia sangat stabil dan lebih sempurna untuk mminimumkan kelenguhan pemancing, pada masa yang sama mempamerkan kuasa angkatan yang menakjubkan.

Blue Rose terdiri daripada dua model aksi yang berbeza iaitu Inbreed dan Full Gene. Inbreed khas untuk jigging tugas berat di laut dalam menggunakan jig berat. Tulang belakangnya bertugasan berat ekstra bagi mengatasi gaya jigging ini. Terdiri daripada lima ukuran dari 1.60 – 1.73 meter panjang. Kekuatannya dari PE 5 – PE 8, semuanya joran mendatar (spinning) kecuali PE 8 yang menegak.
Full Gene lebih banyak ahli, dan julat kegunaannya lebih lugs, dari aksi ringan hinggalah berat (PE 4 – PE 10). Hanya PE 10 jenis mendatar. Tulang jorannya sensitif dan responsif, dengan ukuran 1.42 meter hinggalah 1.83 meter panjang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

May 2009
M T W T F S S
« Jan   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 7,954 hits

Flickr Photos

Station..

Kingfisher (Alcedo atthis)

Supermoon setting

More Photos
%d bloggers like this: