SINGKAWANG FISHING CLUB

MENCANDAT SOTONG

Posted on: May 19, 2009

Musim yang dianggap paling sesuai untuk mencandat sotong adalah sekitar akhir bulan Maret hingga Juli kerana ketika itu angin kencang musim timur taut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur. Menurut pengetahuan, musim sotong disana bermula dari bulan Juli hingga Februari mengikut musim angin timur yang sejuk yang bertiup dari Lautan Hindi. Air menjadi sejuk dan sesuai untuk sotong mengawan. Aktiviti mencandat sotong di Pantai Timur lebih gesit jika dibandingkan dengan Pantai Barat. Apabila musim sotong tiba bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya yang berfungsi untuk menarik perhatian sotong berkumpul menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gulita. Waktu mencandat sotong biasanya bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing. Antara jenis-jenis sotong yang boleh didapati di kawasan perairan tersebut seperti sotong rimau atau dikenali sotong mengabang di Pantai Timur, sotong jarum, sotong torok, sotong, cumit-cumit dan sebagainya. Hasil tangkapan sotong seseorang itu mampu mencapai ratusan kilogram semalaman ­jika menjumpai kawasan sotong bertelur atau dikenali sebagai “Kandang Sotong” yang merupakan tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur. Lazimnya di kawasan kandang sotong ini, ikan-ikan keci! sukar didapati kerana habitat sotong yang menjadi pemangsa kepada ikan-ikan kecil ini.. Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan pada waktu bulan mengambang penuh, sotong bergerak bebas kerana tertarik dengan cahaya bulan. Namun, sotong yang ditangkap waktu ini lebih besar ukuranya berbanding ketika bulan gelap yang lebih tipis dan panjang

Jenis-Jenis Candat dan Cara Penggunaannya

Terdapat 3 jenis candat yang biasa digunakan :

1) Candat Berbentuk besi halus yang panjang. Terdapat 2 baris mata kail dibawahnya dan setiap baris dilengkap dengan sepuluh atau lebih mata kail. Cara Penggunaan: Sediakan umpan yang sesuai seperti ikan kembung, selayang, tambang atau ikan yang saiznya tidak melebihi batang besi candat tersebut. Mulakan dengan memotong ekor ikan dan ikan tersebut dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menutup cili itu. Dimainkan tanpa menggunakan pemberat. Sesuai digunakan untuk sotong torak.

2) Candat Twist – Bentuk candat ini lebih kurang sama dengan pencil. Biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat dan dilengkap dengan matakail bersisir dibawahnya yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibalut dengan kain bercorak semacam udang yang biasanya benwarna jngga, merah, hijau dan biru. Cara Penggunaan:Tidak memerlukan umpan dan hanya perlu memasukkan terus dari tangkal candat kecil yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu petromak. Menyentap tali tersebut apabila sotong menyambarnya. Sesuai digunakan untuk sotong torak, ketupat dan sotong jarum.

3) Candat Udang – Candat Berbentuk udang dengan pemberat di dada. Terdapat pelbagai jenis candat ini di pasaran. Sama ada berbadan licin ataupun mempunyai kain kasar. Namun ia lebih kepada pemilihan warna dan berat candat yang digunakan. Terdapat berbagai ukuran dan berat candat, dan ada yang terapung sepenuhnya. Warna merah jambu, oren dan biru didapati merupakan antara warna utama dalam pemilihan warna candat. Berat candat biasanya ditemui adalah dari 6 gm hingga 33 gm. Candat 3.5 merupakan antara candat universal yang digunakan oleh kebanyakkan penggila candat.Cara penggunaan: la hampir sama dengan penggunaan gewang biasa, ukuran candat yang lebih besar selalunya digunakan sekiranya banyak sotong-sotong kecil yang sering dicandat. Namun faktor berat candat perlu dititik-beratkan sekiranya terdapat alun, angin kuat, arus dan juga faktor kedalaman yang hendak diperolehi. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menambahkan pemberat pada candat, sekiranya perubahan perlu dibuat. Walaupun jatuhan atau apungan dasar sudah terganggu disebabkan oleh penambahan berat, sotong masih lagi boleh dipancing,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

May 2009
M T W T F S S
« Jan   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 7,954 hits

Flickr Photos

Station..

Kingfisher (Alcedo atthis)

Supermoon setting

More Photos
%d bloggers like this: